StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

UUM ketat kawalan


Berita Minggu: 10 Mac 2002

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan langkah berjaga-jaga termasuk mengetatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan utamanya bagi mengelakkan kejadian seperti pembakaran dewan berlaku di situ.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohd Basri, berkata sejak kejadian Dewan Mu’adzam universiti itu diconteng besar-besaran sehari sebelum konvokesyen dua tahun lalu, pihaknya mengadakan langkah berjaga-jaga termasuk menempatkan pengawal keselamatan bertugas 24 jam di beberapa kawasan penting.

Beliau berkata, langkah keselamatan itu diperketatkan beberapa hari sebelum majlis penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, sekali gus boleh menjejaskan imej institut pengajian tinggi itu.

“Kita mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku dua tahun lalu yang sungguh memeranjatkan kita. Ketika itu juga, kita membersihkan dan mengecat semula dinding dewan yang diconteng menggunakan cat semburan.

“Perbuatan khianat yang bertujuan memalukan universiti sudah kita alami, tetapi belum lagi dalam bentuk pembakaran,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian sebahagian Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor musnah dalam kebakaran tengah malam kelmarin.

Ada pihak percaya ia mempunyai unsur khianat atau sabotaj, memandangkan dewan berkenaan bakal digunakan untuk beberapa majlis penting minggu depan.

Dr Ahmad Fawzi percaya pembakaran di UTM itu dilakukan oleh anasir tertentu yang tidak berpuas hati dengan dasar pentadbiran.

“Saya tak pasti siapa yang melakukannya, tapi anasir ini memang wujud dan ada di institut pengajian tinggi yang didalangi pihak tertentu.

“Dewan menjadi sasaran kerana tujuan mereka ialah memberi malu dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa pentadbiran universiti lemah. Di UUM tak jadi lagi macam ini, susah nak cakap, tapi mana-mana pelajar kita yang terbabit dalam hal ini, jika dapat tangkap, kita buang,” katanya.


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved