StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, January 24, 2002 7:12 PM

HalaTuju Pemimpin Pelajar & AUKU


Awal tahun 2002 menampakkan ketegasan pihak universiti IPTA dalam menangani isu-isu pelajar yang berkaitan dengan AUKU seksyen 15 dan 16.

Univesiti Teknologi Malaysia(UTM) mula menampakkan
kesungguhan dengan pembubarab PMI dan penyiasatan pensyarah-pensyarah yang disyaki antikerajaan. Semua ini rentetan daripada pendedahan kontraversi pelajar mangsa gerakan bawah tanah (PMI, Hizbi Islami dan Markaz Siswazah Kelantan), Wan Noor Hayati.

Mohd. Mushrif Abdullah, bekas Presiden MPPUTM sesi
2000/1 pula dikenakan tindakan tatatertib kerana
terlibat dalam pertubuhan haram Barisan Bertindak
Mahasiswa Negara(BBMN).

Terkini, pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk
ke atas 14 pelajar universiti berkenaan yang didapati
telah berjumpa dengan pihak SUHAKAM dengan memohon campur tangan pihak berkenaan dalam menyelesaikan dakwaan 'penyelewengan' yang berlaku diuniversiti berkenaan.

Antara dakwaan yang dibuat oleh pihak universiti ialah
menghadirkan diri ke pejabat SUHAKAM pada 13 Disember tanpa kebenaran daripada pihak Naib Canselor.

Tindakan ini telah menyalahi Kaedah 15, kaedah-kaedah UTM, 1999.

Sebahagian daripada mereka pula telah dituduh
menganjurkan perhimpunan haram pada 29 November
berikutan dengan penyerahan memorandum kepada Naib Canselor yang menuduh pilihanraya sesi 2001/2, tidak telus dan tidak adil

Mereka dituduh menyalahi kaedah 19(1) yang tidak
membenarkan pelajar berhimpun lebih daripada lima
orang dalam mana-mana bahagian kampus.

Sebelum ini, Mohd. Mushrif Abdullah (bekas presiden
MPP) dan Ng Tee Neng(bekas exco MPP) telah diberi
surat tunjuk sebab atas tindakan mereka memberikan
kenyataan kepada pihak akhbar, New Straits Times-5
Disember 2001, berhubung dengan penyelewengan
pilihanraya kampus baru-baru ini.

UIA Pecat Presiden MPP

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) pula
mengenakan tindakan tatatertib ke atas Presiden MPPUIA 2001/2, Dasuki Abd. Wahab kerana telah mengeluarkan kenyataan internet di portal harakahdaily. Com pada 13 Jun 2001 yang bertajuk "Pelajar Bantah Puteri UMNO Masuk Kampus".

Pemecatan Dasuki berkuatkuasa pada 27 Disember setelah diberi amaran keras dan denda RM100.00 kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik.

Dasuki sebelum ini adalah bekas Setiausaha Agung
MPPUIA 2000/1, telah dipilih semula dalam pemilihan
2001/2 dan dilantik menjadi presiden MPP pada 11
Disember 2001.

Pilihanraya kecil untuk memilih satu kerusi yang
dikosongkan itu akan diadakan pada 12 Januari 2002.

Menurut sumber, pemecatan Dasuki akan menambahkan sokongan mahasiswa kepada kumpulan propembangkang di universiti berkenaan.

Kesimpulan

Empat perkara utama yang sering dilakukan oleh
pemimpin pelajar propembangkang adalah;
1. Mengeluarkan kenyataan akhbar tanpa kebenaran Naib Canselor
2. Mengeluarkan kenyataan internet tanpa kebenaran
Naib Canselor
3. Mengadakan perhimpunan haram/demonstrasi tanpa
kebenaran Naib Canselor
4. Menjalin hubungan dengan pihak luar.

Perkara-perkara ini bersalahan dengan Seksyen 15 dan
16, AUKU. Walaupun bersalahan dengan AUKU, perkara ini menjadi suatu perkara biasa pemimpin pelajar sebelum ini.

Semoga dengan penguatkuasaan tindakan tatatertib ke atas kesalahan-kesalahan di atas akan memberi
pengajaran kepada semua pemimpin pelajar IPTA lain.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Anonymous

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved