StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002 9:28 AM

GPMS: Perlu tukar orientasi dampingi pelajar


Dua badan luar sah yang berhak dampingi pelajar adalah GPMS dan PKPIM.

GPMS dilabelkan sebagai prokerajaan, manakala PKPIM (sejak kes DSAI) lebih cenderung dilabelkan propembangkang.

Barangkali GPMS juga tidak gemar jika badan itu turut dilabelkan sebagai prokerajaan, kerana badan itu lebih gemar dilihat sebagai nutral, tidak berpihak di mana-mana.

PKPIM lebih senang menggunakan istilah 'non partisan' atau 'nutral' kerana dengan sikap itu, badan itu lebih senang didampingi oleh mahasiswa daripada pelbagai kelompok sama ada proaspirasi kerajaan atau propembangkang.

Walhal, cara pemikiran dan pemakaian pemimpin dan pendokong PKPIM lebih cenderung kepada pembangkang khususnya Parti Keadilan. Bukan menuduh tetapi hakikat yang patut diterima.

Siapa tidak kenal, Mustafa Kamil Ayub, Mohd. Shabrimi Mohd Sidek, Ahmad Zaki Yamani Zainol, bekas pimpinan PKPIM yang akhirnya turut mendokong parti Keadilan.

Memang, PKPIM dan ABIM, dua beradik yang berlainan wajah.Satu wadah untuk pelajar dan satu lagi untuk belia. Tetapi konsep dan orentasi kedua-dua badan itu tetap sama. Kalau tidak masakan Dr. Mohd. Noor Manuty(bekas presiden ABIM), Anuar Tahir(bekas Setiausaha Agung) dan ramai lagi tokoh-tokoh ABIM memilih Parti Keadilan.

Paling tidak matlamat PKPIM jelas, iaitu menyalurkan pimpinan ke dalam ABIM dan seterusnya menguasai Parti Keadilan.

Bagaimana pula dengan GPMS. Adakah GPMS lebih senang dilabelkan sebagai 'non partisan' seperti PKPIM dan ABIM itu.

Rasanya 'non partisan' versi PKPIM dan GPMS berbeza. PKPIM walaupun pada dasarnya berslogankan 'non partisan' tetapi realitinya, mereka mempunyai sistem pengkaderan yang baik untuk melahirkan ahli yang setia kepada pimpinan dan perjuangan keadilan.

GPMS hanya berslogankan 'non partisan' tanpa disusuli dengan penerapan ideologi perjuangan yang mantap.

Rasanya, GPMS lebih banyak peruntukan kewangan dan lebih kerap menghadiri majlis rasmi anjuran pelajar, tetapi kenapakah PKPIM yang berjaya melahirkan kader-kader terbaik malah menguasai hampir keseluruhan kepimpinan MPP IPTA.

Sewajarnya, GPMS mempertimbangkan semula cara dan pendekatan mereka menghampiri pelajar.

GPMS Bentuk Deklarasi Pemimpin Mahasiswa Untuk Perdana Menteri ::

BANDAR TUN RAZAK, 5 Dis - Satu "Pre-Council" bersama pemimpin mahasiswa telah diadakan bertempat di Pusat belia Antarabangsa sebagai memenuhi salah satu agenda Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra Pemimpin Mahasiswa Bersama Perdana Menteri anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kira-kira pukul 2.30 petang hari ini.

Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra Pemimpin Mahasiswa Bersama Perdana Menteri tersebut dijadual diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Putrajaya pukul 6 petang ini.

"Pre-council" yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha GPMS, En. Syed Aziz turut dihadiri oleh Presiden GPMS, Dato' Suhaimi Ibrahim, exco-exco GPMS, Presiden dan Setiausaha Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) serta para perwakilan kerajaan kampus IPTA dan IPTS kecuali UIA, UKM dan UUM.

Menurut Dato' Suhaimi, "pre-council" tersebut diadakan bagi membincangkan mengenai sebuah deklarasi yang telah dicadangkan oleh GPMS dan PKPIM untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

Deklarasi tersebut bertujuan menafikan perlabelan terhadap mahasiswa sama ada pro aspirasi kerajaan mahupun pembangkang sebagaimana yang telah diekspolitasikan oleh media-media tempatan sempena pilihanraya kampus yang telah dijalankan serentak baru-baru ini.

Antara isi kandungan deklarasi tersebut ialah :
1. Mahasiswa akan menyemai budaya ilmu dan akar budi dalam setiap tindakan.
2. Mahasiswa tidak akan terlibat dengan mana-mana aspirasi politik kepartian.
3. Mahasiswa menyokong dan menyanjung kepimpinan Perdana Menteri dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Setiap perwakilan yang datang telah diminta menandatangani deklarasi tersebut selepas beberapa perbahasan.


Halaman Utama

 

Oleh:

PenaSakti

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved