StatTrack
free web hosting | free website | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Tujuh Mahasiswa didakwa kerana bantah ISA


Kes perhimpunan tanpa permit di perkarangan masjid
negara pada 8 Januari 2001, yang dihadapi oleh tujuh
pelajar IPTA akan didengar di mahkamah tinggi pada 28
Februari depan.

Hakim mahkamah majistret Lim Kui Ling mengambil
keputusan tersebut setelah mendengar hujah peguambela dan tarikh baru itu dipersetujui oleh pihak
pendakwaraya dalam pendengan bantahan kes tersebut yang diadakan pada hari Rabu, 2 Januari lepas.

Lapan pelajar yang dituduh tersebut ialah Nik
Noorhafizi Nik Ibrahim, Zulkifli Idris, Ahmad Kamal
Abd. Hamid, Rafzan Ramli, Wan Mohd. Sanusi Wan Mohd. Noor, Helman Sanudin dan Khirul Amal Mahmud.

Mereka dituduh di bawah Akta Polis 1967, Seksyen
27(5)(a) yang boleh membawa hukuman denda tidak
melebihi RM2,000 dan tidak melebehi RM10,000 dan
penjara setahun jika sabit kesalahan.

Peguam Wan M. Razali Wan A. Kadir bertindak selaku
ketua peguambela bagi ketujuh-tujuh pelajar tersebut.

Kesemua tujuh pelajar tersebut sedang digantung
daripada mengikuti pembelajaran mereka.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Mar Ziahku

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved