StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Monday, January 07, 2002

8 Pelajar IPTA terlibat politik pembangkang?


Isu 8 Pelajar yang ditahan di Indera Kayangan turut
menarik minat laman web reformasi.

Keseluruhan jawapan penulis laman web siber reformis
tidak menafikan bahawa pelajar-pelajar yang ditangkap
itu adalah bukan penyokong proreformasi. Maknanya,
memang benar mereka itu adalah penyokong reformasi
yang terlibat secara khusus membantu memenangkan calon pembangkang di Indera Kayangan.

Dalam bahasa yang lain, penangkapan 8 pelajar bukan
satu provokasi BN. Bukan pelajar 'upahan' BN tetapi
mahasiswa yang memegang jawatan dalam persatuan-persatuan propembangkang di IPTA khususnya Persatuan Mahasiswa Islam.

Jika begitu kesimpulan, maka disarankan kepada pihak
kementerian pendidikan dan pihak universiti agar
mengambil tindakan sekeras-kerasnya kerana perkara ini secara jelas bertentangan dengan AUKU seksyen 15 & 16.

Tindakan yang tegas perlu diambil dengan kadar serta
merta kerana sebelum ini pihak kementerian dan
universiti sering berdolak dalik dengan tidak ada maklumat dan bukti.

Bukti sudah jelas. Gambar telah dirakam. Kes itu
direkod oleh polis, maka apa lagi yang perlu ditunggu.

Sudah tentu kelapan-lapan merupakan aktivis mahasiswa yang mewakili persatuan propembangkang di universiti tertentu. Maka, pada kesempatan ini, sampai masanya untuk membubarkan persatuan yang didokongi kerana persatuan tersebut gagal melahirkan mahasiswa yang patuh dengan peraturan universiti, sebaliknya mahasiswa yang 'memberontak' melanggar AUKU serta terjebak dengan pertubuhan haram serta gerakan bawah tanah.

Sekiranya, pihak kerajaan masih berdegil dan tidak
memandang perkara ini sebagai serius, maka kes Mohd. Fuad Mohd. Ikhwan(Presiden MPPUM) dan Khairul Anuar Ahmad Zainudin(IKM) akan berulang semula. Seperti kata pepatah, bagai melepaskan anjing tersepit.

Atau, isu penglibatan pelajar melanggar AUKU akan
berpanjangan sampai bila-bila.

http://webreformis.tripod.com/jan2002/0110_02.htm

http://webreformis.tripod.com/jan2002/0108_02.htm

http://202.157.186.6/jan/L11jan2002_6.shtml



Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Artikel

Idealis

Mahasiswa (IM)

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved