StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Monday, January 07, 2002

Gerakan Pelajar Bawah Tanah:Antara Reotik & Realiti


Pendakwaan enam orang mahasiswa, di Mahkamah Majistret pada 19 Julai 2001, atas tuduhan berada dalam perhimpunan haram, di Masjid Negara, 8 Jun lepas menjadi kayu pengukur, sejauh mana ketegasan Naib Canselor, terhadap kesalahan-kesalahan pelajar yang berkaitan dengan AUKU.
(http://www.malaysiakini.com/News/2001/07/2001071902.php3)

Tuduhan pelajar IPTA 'antikerajaan dengan cara-cara militan' semakin jelas terbukti. Makin terserlah apabila Wan Mohd. Sanusi Wan Mohd. Noor & Khairul Amar Mahmud (UM); Nik Noor Hafizi Nik Ibrahim & Ahmad Kamal Abdul amid(UKM); Zulkifli Idris (UTM) dan Rafzan Ramli(UiTM) akan didakwa dimahkamah pada 15 & 16 Oktober ini.

Demonstrasi yang bertemakan " Mahasiswa Mansuhkan ISA" itu adalah anjuran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA(GMMI) yang mengandungi 6 pertubuhan pelajar; GAMIS, BBMN, PKPIM, SPPUM, DEMA & UBU. Perhimpunan yang bercorak militan itu riuh rendah dengan laungan "Allah-u-akbar" dan "Mahasiswa Bersatu Mansuhkan ISA". Malah beberapa spanduk haram mengecam kerajaan turut dipamerkan, antaranya berbunyi; "Mansuh Akta Zalim" dan "Bebaskan Tahanan ISA"

Shahrir Mahmood, penyelaras GMMI turut membacakan "Deklarasi Masjid Negara", yang menuntut 4 perkara, antaranya membebaskan tahanan tanpa syarat dan menggesa Ketua Polis Negara bertindak lebih telus dan profesional.
(http://www.malaysiakini.com/News/2001/06/2001060808.php3)

Sebelum ini, Shahrir Mahmood,penuntut kolej swasta,merangkap Naib Presiden KARISMA (organ kelolaan JIM) telah menyelar kerajaan melalui laman web;

"Perhimpunan ini diadakan sebagai tanda kesal mahasiswa terhadap kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad yang masih secara sewenang-wenangnya menggunakan akta ISA. Suasana ini cukup membimbangkan mahasiswa kerana akan menjuruskan negara ke arah pemerintahan diktator. Perhimpunan ini juga bagi MENDESAK supaya pihak kerajaan memansuhkan ISA seterusnya membebaskan tahanan tanpa syarat."
(http://nt_isa.tripod.com/gmmi.htm)

Mereka yang didakwa akan dituduh mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27(8) yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM10,000.

Magistret Lim Kui Lee membenarkan mereka diikat jamin RM2,500 tiap seorang.

Ujian Naib Canselor

Pendakwaan pelajar-pelajar ini sekaligus akan menguji sejauh manakah ketegasan Naib Canselor terhadap perlaksanaan AUKU terutamanya berkaitan dengan Seksyen 15(D), (1) hingga (9).

Seksyen 15(D) (1); "Jika seseorang pelajar universiti dipertuduhkan atas sesuatu kesalahan jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta merta digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti dan ia tidak boleh dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus universiti itu atau kampus mana-mana universiti lain."

Kejadian seperti ini sepatutnya boleh dibendung, sekiranya pihak Naib Canselor & universiti lebih bertegas menggunakan kuasa yang telah termaktub dalam AUKU.

Malah, mengikut AUKU, Mohd. Fuad Mohd. Ikhwan, Presiden MPMUM, (yang ditahan ISA pada 7 Julai-selama 10 hari) perlu disingkir daripada universiti, sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 16(D), (3) & (7)

Seksyen 15(D)(3); "Seseorang pelajar universiti yang ditahan, atau yang tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan-sekatan ke atasnya, di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan tahanan perlindungan atau keselamatan dalam negeri adalah dengan itu serta merta terhenti menjadi pelajar universiti dan ia tidak boleh tinggal atau masuk dalam kampus universiti itu atau kampus mana-mana universiti lain."


Seksyen 15(D)(7); "Peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1),(2),(3),(4) dan (5) hendaklah dipakai bagi seseorang walaupun keputusan masih ditunggu dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain mengenai apa-apa permohonan, petisyen, rayuan atau apa-apa jua langkah pembicaraan lain berkenaan dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain berkenaan dengan pembicaraan jenayah, tahanan atau perintah yang mengenakan sekatan-sekatan itu, mengikut mana yang berkenaan." Hakikatnya, ada juga kebenaran pendapat Tan Sri Murad Mohamad Noor, bekas Ketua Pengarah Pendidikan,merangkap salah seorang panel pelaksana AUKU 1971, yang berkata "AUKU tidak perlu diperketatkan" (Berita Minggu, Ahad, 22 Julai 2001,hlm.14).

Kata beliau,"sekarang ini tidaklah perlu akta ini dipinda atau diperketatkan lagi. Akta ini sekarang sudah memadai untuk memberi bimbingan dan pengawasan yang sewajarnya kepada pelajar kita" .Barangkali maksud tersirat di sebalik kata-kata beliau itu, akta itu sudahpun ketat, tetapi proses perlaksanaan di peringkat universiti telah mengendurkannya.

Akta yang berusia 30 tahun itu, sememangnya masih relevan untuk mahasiswa masakini. Persoalannya, adakah institusi pengajian tinggi khususnya Naib Canselor mahu mempraktikkannya. Lebih membimbangkan lagi apabila Naib Canselor, selalu mentafsir mengikut kaca mata intelektualnya. Malah ada Naib Canselor yang tidak tahu menahu mengenai aktiviti pelajar bercorak militan itu. Atau kalau disedari sekalipun, Naib Canselor menganggap suatu fenomena biasa -"sekadar perbezaan pendapat antara generasi muda dengan generasi muda".

Dr. Anuar Zaini, Naib Canselor UM, dalam Mingguan Malaysia, 8 Julai 2001, mengakui pengaruh parti-parti luar dapat menyusup ke dalam kampus. Katanya;"Nilai-nilai sosial, kecenderungan politik dan cara berkempen pemilihan di kampus sekarang telah sama macam nili-nilai masyarakat di luar"

Maka beliau mencadangkan proses pembaikian harus dilakukan dari luar;"kalau kita baiki keadaan di luar, keadaan di kampus akan berubah".

Pendapat Dr. Anuar Zaini yang menuduh pihak luar sahaja, bukan satu penyelesaian yang bijaksana. Keadaan di luar, biar pihak luar uruskan dan yang dipersoalkan adalah keadaan pihak dalaman kampus. Siapakah yang lebih berautoriti dalam urusan internal kalau bukan Naib Canselor itu sendiri.

Menyentuh mengenai urusan dalaman kampus, Dr. Anuar Zaini mengakui perkara itu terlalu sukar. "Terus terang saya katakan bahawa situasi 'infiltration of mind" sekarang adalah berlainan dan saya tidak mempunyai kepakaran itu. Dakyah-dakyah mereka juga juga berbeza. Mereka ada internet, laman web, e-mel, handphone dan pelbagai medium lain. Sebab itu kita tidak dapat tangkap mereka. Cara mereka cukup anggih"

Sekiranya perkara ini(pelajar militan) terlalu sukar dibendung mengapa perlu diwujudkan jawatan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan Pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar? Atau perlu dibazirkan wang dengan mewujudkan satu jawatan baru untuk membendung gejala negatif ini.

Persoalannya, adakah pihak Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor atau Pegawai Hal Ehwal Pelajar pernah memantau aktiviti pelajar militan itu sama ada di dalam kampus, luar kampus atau di laman internet.

Pertubuhan haram

Daripada tinjauan 1999-2001, terdapat sekurang-kurangnya 10 kali aktiviti pelajar militan Berlaku di UM, sama ada berbentuk demonstrasi,memorandum,seminar dan sebagainya. Namun tidak ada sebarang tindakan daripada pihak universiti.(rujuk lampiran)

Empat perhimpunan haram mahasiswa yang membabitkan isu ISA."Demonstrasi Mansuhkan ISA"(8 Jun 2001);"Perhimpunan Keganasan Polis & Kezaliman
AUKU"(30 Jun 2001);"Perhimpunan Memorandum ISA-Ketua Polis Negara"(11 Mei 2001) dan Perhimpunan Perlancaran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA"(12 Mei 2001). (http://pmium.8m.com/berit002.htm)

Semuanya dianjurkan dengan kerjasama pertubuhan pelajar haram. Antaranya GAMIS,BBMN, DEMA, GMLN,GMWM, SPPUM,UBU,KARISMA,FRAKSI dan JKMI. Sedangkan bercanggah dengan AUKU Seksyen 15 (1),(2),(3),(4) &
(5), apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih satu ribu atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.

Dalam "Demonstrasi Menentang Pencabulan Hak Asasi Iraq"(23 Februari 2001), pertubuhan pelajar itu telah bergabung dengan Dewan Pemuda PAS Pusat,
(http://www.malaysiakini.com/News/2001/02/2001022308.php3) sedangkan dalam Seksyen 15 (1) jelas mengatakan;

"Tiada sesiapa jua, semasa menjadi pelajar universiti boleh menjadi ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik,
kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada
ianya adalah di dalam universiti atau luar universiti, dan sama ada ianya adalah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana diluluskan terlebih
dahulu diluluskan oleh Naib Canselor."

"Demonstrasi PTPTN"(16 Julai 2001) pula digunakan sebagai satu flatform menyeru mahasiswa(yang hadir ketika itu) memboikot perasmian Perdana Menteri di UIAM, pada 17 Julai 2001."Kumpulan mahasiswa membantah PM merasmikan UIA kerana mempunyai rekod hitam(melakukan) kezaliman, akhlak yang buruk dan tidak sesuai untuk orang seperti beliau merasmikan mana-mana universiti sekalipun"
(http://www.malaysiakini.com/News/2001/04/2001041607.php3)


Berkenaan dengan kenyataan di internet pula, tidak kurang daripada 200 kenyataan yang disiarkan secara haram, dalam tempoh tiga tahun itu. Semuanya mengecam,
menyindir atau membalas kenyataan pihak kerajaan. Apa dihairankan kerana penulis kenyataan menulis secara jelas, nama, jawatan dan universitinya. Persoalannya
penulis haram sentiasa berleluasa kerana tiada tindakan yang dikenakan ke atasnya.
(http://www.mahazalim.net/jun01/250601zan.html)
(http://dema1998.tripod.com/news/002.htm)

Ketika kerajaan berhempas pulas membasmi pertubuhan pelajar haram, Naib Canselor UKM, Datuk Dr. Anuwar Ali, masih membiakkan pertubuhan itu berkembang di kampus itu.

Dalam Forum "Gelanggang Mahasiswa Negara 11", sempena Pesta Konvokesyen UKM 2001, pada 7 Julai, Presiden BBMN, Ahmad Fazli Yusof, Presiden DEMA UPM, Yon Chin Tatt dan Naib Presiden JKMI, E. Parameswury, dibiarkan muncul sebagai ahli forum.

Mereka secara tegas mendesak agar menghapuskan AUKU. Mereka menganggap AUKU sudah tidak relevan lagi dengan suasana universiti sekarang.

KESIMPULANNYA, sekiranya terdapat pendapat yang mengatakan wujudnya gerakan pelajar bawah tanah, maka pendapat itu dianggap sebagai tuduhan liar dan keterlaluan.

Tetapi, berdasarkan tindak tanduk yang dilakukan oleh pemimpin mahasiswa masakini, membuatkan kita terpaksa berfikir dua kali.

Kalau benar tuduhan itu tidak berasas, apakah tertutup meja rundingan sehingga pelajar terpaksa memilih jalan demonstrasi jalanan yang jelas bercanggah dengan AUKU.

Atau, mahasiswa kini sudah muak dengan AUKU, sehingga lebih gemar menyertai pertubuhan haram daripada memilih pertubuhan sah yang berdaftar di kampus.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Pena Sakti

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved