StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Isu 8 Mahasiswa ditahan polis di Indera Kayangan. Siapa bohong siapa?


Isu 8 mahasiswa ditahan polis semasa menceroboh Bilik gerakan UMNO di Indera Kayangan semakin panas dan gempar. Pihak pentadbiran universiti berkenaan digesa mengambil tindakan tegas oleh pelbagai pihak. Terbaru USM membuat kenyataaan sedia memecat pelajar terbabit dan membubarkan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang didapati menjadi pencetus dan sarang kepada penglibatan mahasiswa terbabit.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti
Sains Malaysia (TNC HEP USM), Profesor Madya Datuk
Jamaludin Mohaiaidin berkata ; berkuatkuasa serta
-merta semua aktiviti persatuan itu digantung sehingga
laporan lengkap selesai dijalankan.

Tegasnya, persatuan itu perlu bertanggungjawab
terhadap tindakan ahli-ahlinya. Empat daripada lapan
mahasiswa yang ditahan adalah pelajar USM dan dua
daripada jumlah itu merupakan ahli peringkat tinggi
PMI. Seorang dari mereka adalah Naib Presiden MPPUSM sesi lepas manakala seorang lahi merupakan ahli exco persatuan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal siswi.

" Atas sebab itulah buat permulaan kita menggantung
aktiviti mereka dan disusuli dengan pembubaran"
(Utusan Malaysia-UM 10/1/2002)

Bagaimanapun, Parti KeADILan Nasional mendakwa
penangkapan lapan mahasiswa terbabit sebagai sandiwara Barisan Nasional semata-mata.

Naib Ketua Pemuda yang juga Naib Pengerusi
Jawatankuasa Kempen Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan KeADILAN Sdr. Low Chee Chong menuduh Barisan Nasional merancang kejadian itu sebagai taktik kotor berkempen untuk pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan. (UM 10/1/2002)

Malah Timbalan Ketua Pemuda Parti KeADILan Nasional Sdr. Saifudin Nasution Ismail mendakwa tangkapan berkenaan sebagai tindakan balas dendam Barisan nasional terhadap kejadian yang hampir sama ketika pilihanraya kecil Lunas November 2000. (Harakah
16-31/1/2002)


Hari ini (11/1/2001) pula, dalam ceramahnya di Pejabat
Perhubungan PAS Indera Perlis, Kangar, Naib Presiden
Keadilan Sdr. N. Gopalakrishnan mendakwa pelajar
berkenaan adalah orang BN dan telah 3 hari bekerja di
bilik gerakan berkenaan sebelum ditangkap.

Anehnya, walaupun pihak pembangkang dalam media
perdana mengwar-warkan kejadian tersebut sebagai
sandiwara BN, laman-laman web mereka membawa mesej dan nada yang berbeza…

Antaranya :

Pihak Polis & UMNO Ugut Pelajar Yang Difitnah dan,8 Pelajar Yang Berani Adalah Mangsa Fitnah BN (dari laman web : webreformis.tripod.com)

Dalam salah satu artikel tulisan PSARAFHQ berkenaan
menyatakan ;

" Maklumat terkini dari mangsa tahanan mengatakan
mereka kebetulan lalu bersebelahan bilik gerakan BN
dan telah ditahan serta dipaksa masuk ke dalam bilik
gerakan untuk disoal siasat oleh petugas BN."

Adalah jelas :

1. Mereka yang terlibat adalah mahasiswa dan mempunyai
pertalian dengan PMI di universiti masing-masing.
2. Menurut artikel dari laman web reformis, kesemua 8
orang ini sememangnya berada di bilik gerakan
berkenaan ketika di tahan.
3. Ke lapan-lapan orang mahasiswa ini tidak berada
bilik gerakan berkenaan atas urusan
pengajian/universiti.
4. Sewaktu pemimpin pembangkang mendakwa kes ini
sebagai satu lagi sandiwara BN di media perdana,
laman-laman webreformis dan anti kerajaan pula
beria-ia membela pelajar ini (mendakwa mereka
difitnah) dan mengatakan mahasiswa berkenaan
sememangnya wujud, dan berada di bilik gerakan UMNO/BN sewaktu ditahan polis.

Oleh sebab itu, adalah sukar untuk dipercayai mereka
berada di bilik gerakan berkenaan - dan di DUN Indera
Kayangan itu tanpa bermotifkan politik. Dengan ini,
dapatlah disimpulkan bahawa pemimpin pembangkang
khasnbya N Gopalakrishnan, Saifudin Nasution dan
sebagainya berbohong mengenai dakwaan mereka bahawa ianya tidak lebih dari satu sandiwara. Malah ada
kemungkinan mereka mengetahui operasi menceroboh
berkenaan.



Isu selanjutnya – Isu Semasa

 

Oleh:

Anak Jantan

 

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved