StatTrack
free web hosting | website hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Operasi Membunuh Gerakan Mahasiswa Malaysia


KENYATAAN RASMI

KESATUAN MAHASISWA MERDEKA

Jurucakap KESATUAN MAHASISWA MERDEKA

Pada 5 Julai lalu, kita dikejutkan dengan berita
penangkapan seorang aktivis pelajar Institut Kemahiran
Mara saudara Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang
ditahan tanpa bicara di bawah seksyen 73 (1) Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Khairul Anuar dengan
diiringi polis menggeledah biliknya di Bangsar, Kuala
Lumpur dan merampas beberapa kotak bahan bercetak, komputer dan video cakera padat (VCD). Berita terbaru semalam Presiden MPP UM saudara Mohd Fuad Ikhwan pula menjadi mangsa kedua penahanan tersebut. Sumber tertentu juga memberitahu bahawa selepas ini satu tangkapan borong ISA ke atas pemimpin Mahasiswa(sudah
tentu sekali bukan ke atas Pemuda Negara, Pewaris dan GPMS) akan dilakukan. Ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan melemahkan gerakan pelajar yang semakin berkembang subur sejak Anwar saga selepas mengalami zaman lembab dan beku sekitar tahun 80an dan awal 90an.

Isyarat jelas menunjukkan kita bahawa penguasa sedang menuju ke arah itu memandangkan sebelum tangkapan ISA ini, kita digemparkan berita pembuangan saudara Rafzan Ramli oleh pentadbiran UiTM, kes gantung pengajian di UUM dan UM, percubaan mengkambinghitamkan GAMIS dan HAMAS sebagai pergerakan pelajar militan yang dituduh terlibat membakar Dewan Tunku Canselor UM (peristiwa Sauk versi baru) dan tiga orang pelajar UIA yang menjadi penganjur majlis penerangan Gerakan Mahasiswa Mansuh ISA di kampus Gombak telah dipanggil oleh pihak HEP. Kemungkinan besar Presiden MPP UIA saudara Mohd Fadhli juga akan dikenakan tindakan oleh HEP kerana beliau turut berucap di perhimpunan tersebut.

Kesatuan Mahasiswa Merdeka mengutuk tindakan penguasa mengunakan akta ISA ke atas Mahasiswa,pemimpin pembangkang mahupun kerajaan dan lain-lain pihak yang sedang dan telah menderita di bawah akta rimba ini. Justeru, kami mahu menegaskan ISA wajib dihapuskan dengan apa cara sekalipun.

Kewujudan akta AUKU yang dijadikan alasan oleh
segelintir Mahasiswa untuk terus membisu dari
menyuarakan hasrat rakyat perlu menjadi fardu bagi
para Mahasiswa menuntut pemansuhannya. Kesatuan
Mahasiswa Merdeka berpandangan bahawa sekiranya semua Mahasiswa bersatu menegakkan perjuangan rakyat, maka penguasa tidak mampu memperalatkan AUKU untuk mendenda, menggantung, atau membuang Mahasiswa kerana pasaran ekonomi negara yang amat memerlukan sumber
manusia dari kalangan lepasan universiti akan
terjejas.

Sejajar dengan idealisma Mahasiswa menegakkan
perjuangan rakyat, maka Kesatuan Mahasiswa Merdeka
menyokong demonstrasi secara aman untuk membela nasib rakyat. Akta Polis mesti dimansuhkan kerana ia amat bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dalam Artikel 10 yang memberi hak kepada kita untuk bebas bersuara dan mengadakan perhimpunan aman. Malaysia menjadi bahan lawak antarabangsa kerana berikutan dengan kewujudan Akta Polis ini, rakyat dikatakan mempunyai kebebasan bersuara tetapi tidak mungkin bebas dari tindakan penguasa selepas bersuara.

Dalam mempertahankan kebebasan bersuara ini, Kesatuan Mahasiswa Merdeka mengharapkan agar Mahasiswa bersikap non partisan. Kita perlu kritikal kepada parti pemerintah mahupun parti alternatif kerana kita tidak mempunyai apa-apa kepentingan khususnya kepentingan politik. Kebetulan pada dasawarsa ini, idealisma Mahasiswa selari dengan parti alternatif maka persepsi penguasa bahawa Mahasiswa menyokong parti alternatif. Tetapi hendaklah diingat sekiranya ditakdirkan parti alternatif memerintah Malaysia suatu hari nanti, mereka bersikap zalim, maka sudah semestinya Mahasiswa bangun menentang mereka.

Kesatuan Mahasiswa Merdeka menyeru agar para Mahasiswa tidak berasa gundah gulana dengan cabaran- cabaran yang menimpa kita kerana status kita sebagai agent of change memerlukan semangat yang kental demi menegakkan negara yang lebih adil. Kita juga perlu menghayati kata-kata keramat ‘kalau takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan’. Perjuangan menuntut pengorbanan yang tidak sedikit. Perjuangan gerakan Mahasiswa Indonesia berjaya menggulingkan pemeritahan diktator tua Soeharto selepas menempuh pelbagai dugaan dan rintangan termasuklah tragedi pembunuhan beberapa orang Mahasiswa Universiti Trisakti.

HIDUP GERAKAN MAHASISWA! MANSUHKAN AUKU!MANSUHKAN
ISA!


Isu selanjutnya – Isu Semasa

 

Oleh:

Asrul Nizam Abd Jalil (kmm_iiu@yahoo.com) Jurucakap

KESATUAN

MAHASISWA

MERDEKA

 

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved