StatTrack
free web hosting | free website | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Pemimpin pelajar pertikai fungsi MPPK


7:24pm, Mon: Pemimpin-pemimpin pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mempertikaikan peranan
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Malaysia (MPPK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

MPPK tidak komited dalam menyelesaikan isu-isu yang
dibentang dan dibahaskan serta tidak bersungguh-sungguh dalam tindakannya, kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pemimpin pelajar
empat universiti tempatan - Universiti Putra Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan
Universiti Islam Antarabangsa.

MPPK mengabaikan matlamat asal penubuhannya iaitu
memantau serta membantu menyelesaikan isu-isu
kemahasiswaan seperti penangkapan mahasiswa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Polis dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),kata mereka lagi.

Majlis itu juga didakwa gagal menyelesaikan isu
berkaitan kebajikan pelajar, terutama dalam isu
Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mesyuarat

MPPK ditubuhkan April tahun ini dan dianggotai wakil
majlis atau persatuan perwakilan pelajar universiti
awam dan swasta tempatan. Ia berperanan sebagai
pengantara dan meja rundingan antara perwakilan
pelajar dan kerajaan.

Menurut kenyataan itu, setakat ini mesyuarat majlis
perundingan hanya diadakan sekali saja, sedangkan ia
sepatutnya mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya setiap tiga bulan seperti yang dijanjikan.

Kami mewakili sebahagian besar pimpinan mahasiswa IPT awam dan swasta mendesak kepada beliau (Datuk Seri Abdullah) supaya diadakan mesyuarat MPPK dalam waktu terdekat, kata kenyataan itu lagi.

Mereka juga mendakwa risalah MPPK juga tidak
diterbitkan seperti yang dijanjikan dan ini
menunjukkan pihak yang bertanggungjawab menubuhkan majlis rundingan itu tidak serius.

Selain itu menurut kenyataan itu lagi, sekretariat
MPPK juga gagal membekalkan minit mesyuarat pertama kepada ahli-ahli yang menghadirinya di Putrajaya, April lalu.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Azlina Ngainon, Malaysia Kini

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved