StatTrack
free web hosting | free website | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Monday, January 07, 2002

Penerbit Hantu Berleluasa di Kampus


Kuala Lumpur : 12 Januari 2002 : Risalah yang
mempertikaikan pemecatan Sdr. Dasuki Abdul Wahab,
Presiden MPP UIAM ditemui di UIA baru-baru ini
membuktikan penerbit hantu masih berleluasa di kampus.

Isu penerbit hantu di kampus ini menjadi gempar
dengan kelahiran majalah Varsiti 2001 UM yang
sepenuhnya mengandungi artikel dan rencana yang
mengutuk kerajaan yang dipetik dari laman-laman web
anti-kerajaan yang sedia ada.

Pihak pembangkang menuduh Pemuda UMNO dan kerajaan sebagai bertanggungjawab manakala pihak Pemuda UMNOdan kerajaan khasnya mengesyaki ianya dilakukan oleh pelajar UM sendiri dengan didalangi oleh Pemuda PAS.
Akhirnya kes ini menjadi kes polis dan semua pihak
diminta tidak membuat kenyataan mengenainya sehingga siasatan selesai. Hingga kini penerbit sebenar Varsiti masih lagi menjadi tanda tanya.

Sebagai pelajar, sebenarnya risalah tidak bernama ini
sudah terlalu biasa ditemui lebih-lebih lagi bila ada
isu yang mencalar `kesucian' Persatuan Mahasiswa Islam sehingga kehadirannya tidak menjadi kudis atau menjadi pertanyaan besar kerana kami tahu ianya datang dari pihak mana dan untuk tujuan apa.

Seringkali ianya hanya menjadi bacaan sepintas lalu
sebelum dibuang atau menjadi kertas conteng walaupun kadangkala tertanya-tanya juga bagaimana mereka mampu mengeluarkan risalah dalam masa yang singkat dan selalu pula.

Namuan ianya menjadi jenaka terulung abad ini bila
pihak TNC Hal Ehwal Pelajar menafikan kewujudkan
penerbit hantu di kalangan pelajar. Barangkali, mereka tidak bertemu dengan risalah yang diperkatakan
kerana sayang untuk meninggalkan keempukkan kerusi dan kedingin-nyamanan suasana pejabat sehingga tidak sudi untuk meronda persekitaran universiti atau bersama pelajar. Tetapi jika mereka tidak menjumpainya, tidaklah bermakna risalah itu tidak wujud. Saya menyimpannya dan saya yakin ramai lagi pelajar yang menyimpannya - sama ada dengan niat atau tidak. Dan ianya menjadi bukti kukuh kewujudan penerbit hantu di IPTA.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Siti Azlina Che Mat

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved