StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Pertubuhan Haram IPTA - Komen KARISMA


Assalamualaikum wrt wbt,

Kepada ahli KARISMA dan Rakan KARISMA seperjuangan yang dirahmati Allah.

Semoga tetap istiqomah dan thabat dalam usaha Da'wah dan Tarbiyyah di lokaliti masing-masing. Da'wah dan tarbiyyah merupakan tujuan utama (core business) kita. Ana yakin bahawa pertama kali kita beriltizam dengan da'wah dan fikrah yang yakini ini, selamanya kita
ingin hidup dengannya.

Mehnah dan tribulasi adalah asam garam hidup seorang yang ingin menggelarkan dirinya sebagai pejuang. Tambahan pula pejuang yang ingin dibina ini adalah seorang dai'e ilallah. Baru-baru ini kita dikejutkan
dengan satu kenyataan dalam akhbar Utusan Malaysia
Sabtu 7/7/01 oleh saudara Ezaruddin Abdul Rahman,
Timbalan Presiden Pertubuhan Pemuda Negara, bertajuk "10 pertubuhan pelajar haram di IPT" yang mana Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) turut disenaraikan. Ia merupakan satu tekanan yang bukan sahaja dikenakan pada KARISMA atau gerakan-gerakan pelajar yang lain tetapi juga kepada MAHASISWA dan kredibiliti IPT itu sendiri secara keseluruhannya.

Kenyataan ini bahawa KARISMA merupakan PERTUBUHAN HARAM adalah satu kenyataan yang TIDAK BENAR. Dari segi undang-undang KARISMA merupakan sebuah KELAB (bukan pertubuhan) yang sah ditubuhkan/dilahirkan di bawah sekretariat JIM-IPT. JIM-IPT merupakan sebuah daripada Jawatan Kuasa Pusat Jemaah Islah Malaysia (JIM). JIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah diluluskan pendaftarannya pada 27 Julai 1990 oleh Pendaftar Persatuan (Registrar of
Societies). Oleh itu KARISMA bukanlah pertubuhan yang ad hoc atau sebuah persatuan yang ditubuhkan kerana implikasi daripada satu-satu perkara.

Dari segi kehadiran kita di IPT sememangnya kita tidak
berdaftar dengan HEP tetapi kita melakukan aktiviti
yang dibenarkan iaitu tidak termaktub sebagai larangan
dalam AUKU seperti forum, dialog. Mahasiswa tidak
dilarang dalam mana-mana peruntukan AUKU untuk
berbincang secara terbuka dan mendapat maklumat hatta ke tahap membincangkan dasar-dasar kerajaan secara kritis. Lagi dalam peruntukan AUKU, mahasiswa tidak dibenarkan untuk membuat perhimpunan, perkumpulan dan sebagainya.

Namun perkara ini tidak menjadi kesalahan sekiranya ia dilakukan di dalam permis sendiri bukan menggunakan permis awam atau universiti. Namun apa yang berlaku sebelum ini di mana program-program yang dianjurkan oleh KARISMA baik di IPT mahupun tempat-tempat swasta atau awam kita telah mendapat kebenaran daripada pihak terbabit dan bukan melakukannya secara haram atau menyusup masuk. Oleh itu tiada sebab untuk mendakwa KARISMA sebagai pertubahan HARAM atau aktiviti-aktivitinya melanggar
AUKU. Oleh yang demikian, diharap ahli KARISMA seluruh negara jelas akan kedudukan KARISMA ditengah-tengah arus perdana kebangkitan pelajar di Malaysia pada masa kini.

KARISMA mempunyai misi untuk melahirkan mahasiswa dua'at soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sahsiah, kepimpinan dan akademik melalui satu program pembangunan insan yang komprehensif. Antara aktiviti-aktiviti pembinaan insan yang dikendalikan ialah diskusi ilmiah, seminar, konvensyen, sukan, perkhemahan, perkelahan dan program qiamulail. KARISMA yang berusia lebih kurang 2 tahun ini telah sedaya upaya menyusun dan menawarkan pelbagai aktiviti/perkhidmatan untuk memastikan ahlinya
mendapat satu pakej tarbiyyah yang membawa kepada satu kefahaman Islam yang benar. Program-program peringkat nasional seperti Konvensyen Tarbiyyah, Perkhemahan Semangat Waja (PERKASA), Konvensyen Mahasiswa Nasional, Konvensyen Mahasiswi Nasional dan Latihan Kepimpinan adalah untuk melahirkan peribadi mahasiswa
yang celik Islam serta pada masa yang sama mampu untuk membentuk persekitarannya ke arah kebaikkan.

Pada masa yang yang sama KARISMA sentiasa mengingatkan ahlinya untuk meletakkan akademik sebagai keutamaan kerana itu adalah tujuan asal para mahasiswa melanjutkan pelajaran ke IPT. Namun pada masa kita meyakini bahawa ia bukan alasan yang konkrit untuk hanya menjadi ulat buku tanpa sebarang aktiviti sosial yang boleh mampu untuk membentuk sifat kepimpianan ke arah melahirkan mahasiswa yang lebih dinamik, kritis dan berdaya saing. Bukankah kita nanti (para mahasiswa) bakal peneraju negara dimasa hadapan?

Ahli KARISMA dan rakan-rakan KARISMA yang dirahmati Allah, Kehadiran KARISMA dan sahabat-sahabat dalam gerakan mahasiswa yang lain dalam arus perdana telah disalah tafsirkan atau disalahertikan. Penglibatan kita selalu dikaitkan sebagai bidak dalam percaturan dunia politik kini, atau dalam perkataan lain, seolah-olahnya sebagai mahasiswa hanya sebagi bahan yang diperalatkan untuk kepentingan tertentu. Perlu dijelaskan di sini bahawa;

MAHASISWA SECARA KESELURUHAN ADALAH WARGA NEGARA MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARANYA... DENGAN PENUH RASA
TANGGUNG JAWAB INILAH KITA BERADA DI TEMPAT KITA SEKARANG. MAHASISWA MAMPU MENILAI DAN PUNYA IDEALISME
PERJUANGAN YANG TERSENDIRI.... IA BUKAN HASIL HASUTAN ATAU PENGARUH DARI MANA-MANA PIHAK.

Ahli-ahli KARISMA yang dirahmati Allah...
Penglibatan kita (khususnya) adalah hasil perbincangan
yang panjang.... apa yang diputuskan adalah kerana di
situ terdapat keperluan untuk KARISMA untuk
mencorakkan perjuangan dengan warna-warna Islam...
kalau bukan kita siapa lagi....Penglibatan KARISMA
dalam isu-isu semasa ini adalah berdasarkan
prinsip-prinsip yang dipegang, iaitu:


1. KARISMA akan memperjuangkan isu-isu ketidakadilan dalam hak-hak asasi manusia;
2. KARISMA akan memperjuangkan isu-isu berkaitan
mahasiswa;
3. KARISMA akan memperjuangkan isu-isu berkaitan
sensitiviti Islam.

Selagi mana kesemua isu-isu ini tidak melanggari
batas-batas syarak.

Dengan perkataan lain, bahawa KARISMA adalah sebuah gerakan pelajar yang berpaksikan kepada prinsip (principle-centred)

Ahli-ahli KARISMA dan rakan rakan-rakan KARISMA
sekelian, Dalam kes yang berlaku pada hari ini, yakinlah ia merupakan satu cabaran dan dugaan dalam perjuangan menegakkan yang hak. Dan ianya akan terjadi sehingga ISLAM mencapai kemenangan. Dalam situasi yang berlaku terhadap KARISMA ketika ini, mungkin kita boleh merenung tulisan Aziz Bari, "kekentalan semangat gerakan Nasionalisme sewaktu menuntut kemerdekaan dahulu harus dijadikan sumber inspirasi dan pengajaran. Sekiranya datuk nenek kita takut menghadapi risiko mungkin sampai hari ini kita masih belum bebas lagi. Sekarang kira mesti membebaskan diri dari belenggu yang ditaja oleh anak bangsa kita sendiri. Sekatan tidak harus dijadikan dalih untuk tidak berbuat apa-apa".

Akhir kata ana meminta antum semua dalam keadaan yang tenang.... banyakkan bersabar. Banyakkan berdo'a semoga Allah melindungi kita semua, semoga Allah menjauhkan kita dari fitnah agar cita-cita dan
aspirasi Islam yang kita bawa ini Allah redha dan
digolongkan kita sebagai orang-orang yang menang
disisi-NYA.

Wallahua'lam.

Yang benar,
Aidiahmad Dewa
Presiden KARISMA NASIONAL sesi 2000-2002
Khamis 12 Julai 2001


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

kenyataan dari Presiden KARISMA

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved