StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Rabuu, Januari 16, 2002

Kepimpinan Islam di Malaysia


Pendahuluan
Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak nilai dalam
masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan
"kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah
mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan
merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk
keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan
sebagainya.

Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah
sifat Islam sendiri yang menyeluruh. Misalnya, akidah
atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan
sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa.

Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri, tetapi boleh difahami.
Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia.

Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi
akidah dan kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.

Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah
tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam telah
memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan
mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat
istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu
lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya.

Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.
Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu
daripada yang bercorak metologi fantasi kepada
pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan
falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah.
Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu.

Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur
persamaan, keadilan dan sebagainya. Dengan itu Islam
telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai
ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan
penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis
seperti di India. Islam juga menghapuskan semangat
kedaerahan dan membentuk perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam.

Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak
perubahan. Misalnya, sistem feudalisme Hindu
digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan Melayu.
Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripada
penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau
pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam
seharusnya menjalankan pemerintahan dengan adil dan
bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.

Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni
drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.

Kepimpinan Yang Menyeluruh Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh pemimpin dan diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskan proses interaksi antara kedua belah pihak.9 Dalam konteks kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi
kepimpinan yang memainkan peranannya berasaskan
penerimaan masyarakat umum secara sepontan melaui
proses interaksi yang tertentu.

Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa
Islam, sejak mula kedatangannya lagi ke Nusantara
telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas, bukan sekadar sebagai agama dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan menyeluruh.

Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh
seperti itulah Islam berjaya menubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia, masyarakat
dan negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di Melaka
pada awal abad ke Lima belas.10 Kemudian ia berkembang ke merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga ke Sabah dan Sarawak.11

Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama. Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 M. Kepimpinan Islam di rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalam aspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam aspek-aspek yang lain termasuk pendidikan dan tamadun.

Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak
lagi memainkan peranan pemimpin di Malaysia kecuali
dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agama dalam
konsepnya yang sempit.

Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkan kembali. Sebelum pemergian mereka, penjajah telah selesai menyiapkan pelapis dari kalangan penduduk Malaysia sendiri yang bakal mengambil alih kepimpinan
berasaskan Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu
kepimpinan Islam kekal di takok lama iaitu berfungsi
hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam
konsepnya yang sempit sahaja. Malah ia begitu
terpinggir dan tidak termasuk dalam "arus perdana".

Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap
sekularisme barat telah meletakkan Islam sebagai satu
"agama" pada suatu pihak disamping urusan kenegaraan di pihak yang satu lagi. Dualisme ini telah
mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi sepertimana sepatutnya.

Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada
pengaruh barat, tetapi diperkukuhkan lagi oleh
masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang komited dengan pengajaran Islam. Bagi menghadapi kekuasaan penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara dengan alasan bahawa apa yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu dijauhi.

Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam
Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampai sesudah merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnya pada kedudukan difensif. Kedudukan yang negatif ini telah menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana masyarakat telah jauh lebih maju daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada.

Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk
mengembalikan kepimpinan Islam ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagai aliran pemikiran yang menjadi asas kepada corak kepimpinan yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran tersebut biasa dikenali sebagai aliran tradisional, aliran
moden dan aliran reformasi.

Aliran tradisional bersikap konservatif dan
mempertahankan yang lama. Bagi aliran ini sejarah
adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan. Kerana itu mereka bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan Islam perlu berkait rapat dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh Barat.

Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan
pemikiran Barat moden. Antara nilai yang menjadi asas
kepada kepimpinan corak ini ialah penolakan terhadap
soal-soal emosi, kekudusan dan tindakan yang tidak
rasional.14

Sementara aliran reformasi pula menekankan
perkembalian kepada ajaran Islam yang murni bagi
membersihkan kepimpinan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Dari segi ini ia mempunyai banyak
persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun,
aliran ini berkait erat dengan ijtihad baru. Dalam
konteks ini ia berbeza daripada aliran tradisional.15

Sehingga abad ke 19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi. Aliran ini terus memainkan
peranannya sehingga ke abad 20 melalui para ulama yang gigih menyambung tradisi sebelumnya. la berasaskan kepada pemikiran tradisional yang disebarkan di pusat-pusat pengajian agama (pondok) yang berserakan di seluruh Malaysia.16 Kepimpinan corak ini menekankan nilai-nilai tradisi yang tersimpul dalam konsep fardhu ain, iaitu pembinaan peribadi muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf.

Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran
kepimpinan tradisional ini pernah mengalami
pembaharuan. la terutama sekali dihasilkan oleh
gerakan-gerakan dakwah, seperti Gerakan Jamaah Tabligh dan Pertubuhan al-Arqam. Berbeza dengan kepimpinan tradisional konservatif sebelumnya, gerakan
tradisional baru ini memberi tumpuan yang agak serius
kepada soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka
memberi tumpuan yang banyak kepada soal-soal
pendidikan, sosial, ekonomi dan malah politik.

Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad
ke Sembilan belas apabila pertubuhan-pertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara umumnya kepimpinan corak ini merupakan reaksi terhadap proses modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat di Tanah Melayu pada waktu itu.

Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk
pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan-pertubuhan
sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara
pertubuhan-pertubuhan sosial yang berpengaruh ialah
gerakan sosial moden yang didokong atau dilindungi
oleh kerajaan Inggeris. Selain daripada itu ialah
pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru dan
persatuan pelajar.

Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini
berkait rapat dengan faham kebangsaan atau
nasionalisme.19 Di Malaysia, nasionalisme dapat
dibahagikan kepada dua iaitu konservatif dan radikal.

Di antara organisasi politik awal yang bercorak
nasionalisme konservatif ialah pertubuhan Melayu
Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO bukan
hanya sekadar mempertahankan tradisi kebangsaan
Melayu, tetapi juga mempertahankan tradisi kerjasama
dengan pihak penjajah. Kerana corak kepimpinan yang
konservatif inilah penjajah Inggeris bersetuju
mengadakan perbincangan dengan UMNO yang kemudiannya menghasilkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.20 Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO menang mutlak dalam pilihanraya umum 1955.

Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula
ialah seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1937).21
Kerana coraknya yang radikal ini ia telah dihapuskan
oleh penjajah Inggeris pada tahun 1941 dengan
menangkap para pemimpinnya. Nasib yang sama dialami oleh pertubuhan- pertubuhan radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Melayu (PKMM) (1945), Angkatan Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) (1955).

Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh
dan berkembang melalui tokoh-tokoh agama yang menerima perkembangan baru dalam pemikiran Islam. Antara mereka ialah Syekh Muhamad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan (1875-1944), Haji Wan Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.
Kepimpinan bercorak ini dikembangkan melalui
penulisan, seperti Majalah al-Imam23 (1906-1908),
al-Ikhwan (1926), Saudara (1928) dan Pengurusan
(1918-sekarang).24 la juga dikembangkan melalui
madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah agama yang
mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan juga ilmu-ilmu semasa.

Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti politik Islam yang ditubuhkan. Paling
awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM) yang ditubuhkan
pada 1948 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun parti ini dibubarkan apabila tokoh-tokoh utamanya ditangkap di bawah perintah darurat 1948.26

Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan Ulama Malaya yang kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se Tanah Melayu (PAS) yang benar-benar terpisah daripada UMNO. Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin parti ini ialah
Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan
Dato' Muhammad Asri Haji Muda. Bagaimanapun,
berbanding dengan UMNO parti ini kurang berjaya dalam perjuangan politiknya.

Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga
terbentuk dalam gerakan dakwah dan
pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah gerakan al-Imam yang ditubuhkan pada 1928.28 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan pada 1956, Persatuan Kebangsaan
Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965),
Pertubuhan al-Rahmaniyah (1963) dan Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) (1971).

Penutup
Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan
Islam di Malaysia telah mengalami sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini tentu sekali didorong oleh berbagai-bagai faktor samada yang
bersifat tempatan atau antara bangsa.

Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang
berbagai corak ini di Malaysia sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang bukan berpunca daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi lebih kepada krisis kepimpinan.

Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk mencari jalan kearah
persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini.

Nota Hujung
Lihat: S. M. Naguib al-Atas, Prelimindly Stdtement On
General Teory of the Islamisation of the
Malay-Indonesia Archipelaga, Kuala Lumpur: DBP, 1969, h. 24; Mohd Taib Osman, Asas Pertumbuhan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1974, h. 24; Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, DBP, 1988, h. 56. Ismail Hamid, Ibid, h. 59.
H.M. Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur, Pustaka Antara, 1964, h. 91.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan Tamadun Melayu, Kuala Lumpur, ABIM, 1990, h. 20. Ismail Hamid, op. Cit, h. 58.
Ismail Hamid, Peradaban Melayu dan Islam, Kuala
Lumpur; Fajar Bakti, 1985, h. 55,56.
Ismail Hamid (1988) op. Cit, h. 62.
Ibid, h. 63-72. Hamid Zahran, Ilm al-Nafs al-Ijtima'i, Kahirah, A'lam al-Kutub, 1972
Lihat: A Cortesan (ed) The Suma Oriental of Tome
Pires, Hakluyt Society, 1944; J. V. Mills "Fridia's
Discription of malacca Meridianal India and Cathay"
JMBRAS 1930 vol. VlII, part 1; R.O. Winsted A History
of Malaya, 3rd Revised Ed., Marican and Sons Malaysia
Ltd. 1968 Lihat: Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur, penerbit pena, 1978, h. 118- 128.
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam di
Malaysia, Jakarta: Gema Insani Press, 1997, h. 14-15.
Lihat huraian lanjut dalam Muhammad Kamal Hasan,
Muslim Intellectual Responses to New Modernization In
Indonesia, Kuala Lumpur, DBP 1980, h. xi.
Azizah Kasim, Wanita dan Masyarakat, Kuala Lumpur
Utusan Publication, 1985, h. 88.
Muhammad Kamal Hasan, op. Cit, h. xi.
Abdullah Haji Ishak, Kearah Mengembalikan Identiti
Pengajian Pondok di Malaysia.
Lihat: Muhammad Zakariya al-Kendahlawi, Penderitaan
Ummah dan Penyelesaiannya, Kuala Lumpur; 1981, h. 7-8; Ustaz Ashari Muhammad, Matlamat Perjuangan Menurut Islam, Kuala Lumpur: penerangan al-Arqam, 1985. Abdul Rahman Haji Abdullah, op.cit, h. 123.
Ibid, h. 123, 124-128. Lihat Ismail Faruqi, Tawhid: Its Implications of
Thought and Life, Kuala Lumpur: IIIT, 1982, h. ii.
Zainal Aidin Abdul Wahid (ed) Sejarah Malaysia
Sepintils Lalu, Kuala Lumpur: DBP , 1972, h. 124-129.
A. Samad Ahmad, Sejambak Kenanganku, Kuala Lumpur: DBP, 1981, h. 152-153.
Abu Bakar Hamzah, AI-Imam. Its Role in Malay Society
1906-1908, Kuala Lumpur: Media Candikiawan, 1990 h.
120. Ibid, h. 121-142.
Li chuan Siu, Ikhtisal Sejarah Kesusasteraan Melayu
Baru 1830-1945; Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1980, h. 124-128.
Lihat: al-Imam, no.4 Jld. 2, (8 Okt. 1907).
Nabir Haji Abdullah, Ma'had iI-Ihya' asyarif Gunung
Semanggol 1934- 1 959 Bangi: Jab. Sejarah, UKM, 1976, h. 159-187.
Safie Ibrahim, The Islamic Party of Malaysia: Its
Formation Years and ideology Kota Bharu: Nawawi
Ismail, 1981.
Moshe Yegar', Islam and Islamic Institution in British
Malaya, Jerusalem: The Magness Press, 1979, h. 9.
Abdul Rahman Haji Abdullah, op. Cit, h. 225-230. 12


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Prof Dato' Dr.
Mahmood Zuhdi

Hj Ab Majid

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved