StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Monday, January 07, 2002

Mahasiswa Berpolitik: Memperalat atau Diperalatkan Parti Politik


Penajaan HISMAT(Himpunan Mahasiswa Terengganu) olehsekumpulan mahasiswa yang berasal dari negeri Terengganu, IPTA secara jelas melanggar AUKU Seksyen 15, ceraian (1), (2), (3), (4) dan (5).

Seksyen 15 (1) & (2) secara jelas menyebut, "tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar universiti boleh MENJADI SEORANG AHLI, atau boleh dengan apa-apa cara BERSEKUTU dengan, mana-mana PERSATUAN, PARTI POLITIK, KESATUAN SEKERJA atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya adalah di dalam universiti atau luar universiti dan sama ada ianya adalah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu diluluskan secara bertulis oleh naib canselor".

Malah sekyen 15, ceraian (3) & (4) lebih terperinci lagi, dengan menyatakan mahasiswa tidak boleh menyatakan sokongan atau bantahan (walaupun tidak bersekutu) dengan mana-mana kumpulan khususnya parti politik;"Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar universiti boleh MENYATAKAN atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan SOKONGAN, SIMPATI atau BANGKANGAN terhadap mana-mana PARTI POLITIK atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram".

Seksyen 15 (5) pula menggariskan sesiapa yang melanggar seksyen 15(1),(2),(3) & (4) boleh dikenakan denda tidak lebih SATU RIBU atau penjara tidak lebih daripada ENAM BULAN atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

Mempersendakan AUKU

Maka, penubuhan HISMAT yang dilancarkan pada 31 Disember 2000, di Kompleks Sri Iman, sempena Ijtima Idulfitri Mahasiswa Terengganu 1421H, oleh YAB Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang dianggap keterlaluan dan mempersendakan AUKU.
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_depan.html)

HISMAT ditubuhkan di bawah wadah PAS melalui DEWAN PEMUDA PAS TERENGGANU yang bermatlamat untuk membantu parti PAS mengekalkan pemerintahan di negeri tersebut.
(http://forums.vantagenet.com/5/8/1122933358/forums/112293./msg878895.html)
(http://forums.vantagenet.com/5/8/1122933358/forums/112293./msg867525.html)

Membantu Pilihanraya 2004

HISMAT mempunyai suatu organisasi kukuh, mempunyai perlembagaan yang diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi yang diadakan pada 25 Disember 2000. Perlembagaan itu telah dibentangkan dalam persidangan Nasional Tahunan HISMAT kali pertama yang telah diadakan pada 21 Julai 2001, berselindung di sebalik nama Konvensyen Mahasiswa Terengganu 2001.
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_plmbgn_menu.html)

Struktur jawatankuasa HISMAT menggabungkan seluruh mahasiswa IPTA yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu sektor Malaysia dan sektor Terengganu dengan dikawal oleh seorang presiden.

Sektor Malaysia dan Terengganu terdiri daripada enam mahasiswa jawatankuasa pusat dan lapan mahasiswa jawatankuasa biro. Sektor Malaysia berfungsi menggembling tenaga, melatih kader-kader baru serta kempen kepada mahasiswa/I IPTA di negara ini.
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_org.html)

Manakala Sektor Terengganu pula berfungsi membantu kerajaan negeri Terengganu khususnya berhubung secara langsung dengan Dewan Pemuda PAS Terengganu. Antara kegiatannya termasuklah Khidmat Siswa Masyarakat, tenaga penceramah, tukang kempen dan melatih tenaga sukarela mahasiswa bagi persiapan menghadapi pilihanraya 2004.

Kedua-dua sektor itu mempunyai Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada lapan orang, yang bermatlamatkan untuk menambahkan rangkaian, dengan memberi penerangan kebaikan kerajaan PAS Terengganu, melalui bidang politik, pendidikan, ekonomi, kebajikan, keagamaan, pentadbiran dan pembangunan.

Antara jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menjayakan misi itu adalah Jawatankuasa Politik dan Hal Ehwal Semasa, Pendidikan & Dakwah, Perhubungan Ekonomi, Penerbitan & Penerangan, Kebajikan &
Kemasyarakatan, Sains & Teknologi dan Kajian Strategik.

Kesemua Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh aktivis pelajar terutamanya dari GAMIS.


Aktivis GAMIS

Presiden HISMAT diterajui oleh Mohd. Nazri Chik(UM). Timbalan Presiden Kamarulzaman Abdul Wahab(USM),.Manakala AJK terdiri daripada, Mohd. Ruhaizie Riyadzi(UTM Skudai), Norhasni Jamaludin(UKM), Emran
Yunus (Kolej Universiti Terengganu) dan beberapa mahasiswa dari Persatuan Mahasiswa Terengganu IPTA.

Mohd. Nazri merupakan pelajar tahap akhir Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, yang juga merupakan aktivis GAMIS. Sebelum ini, dia memegang jawatan Timbalan Presiden PMIUM sesi 1999/2000.

Sepanjang menjawat jawatan dalam PMIUM, dia berusaha untuk mengadakan demonstrasi dengan hasrat akan wujud suasana huru hara dalam negara, di bawah pemerintahan BN/UMNO.

Antara demo terbesar yang pernah dilakukan adalah demonstrasi anti-Israel @anti Dr. Mahathir pada 25 Februari 2000, bertempat di masjid Ar Rahman, Universiti Malaya.

Dengan angkuhnya pimpinan PMIUM@GAMIS mendesak Dr. Mahathir Mohamad(PM) meletakkan jawatan walaupun demo itu turut disaksikan oleh pegawai-pegawai HEP UM. Bendera UMNO dan BN dipijak serta dibakar, walaupun tidak ada kaitan dengan demo anti-Israel itu.
(http://www.parti-pas.org/feb2000/24feb2000_demo.htm)
(http://members.tripod.com/lamanrakyat/nation/bakar.html)

Oleh kerana tidak ada tindakan daripada pihak universiti dan polis, sekali lagi aktivis militan ini menaja Demonstrasi Menentang AS, di Masjid Negara.
Demo ini dianjurkan bersama dengan DEWAN PEMUDA PAS PUSAT pada 14 Julai 2000. Sekali lagi flatform demo digunakan untuk mengkritik pucuk pimpinan negara.

Maklumat mengenai kegiatan ini disebarkan melalui internet dalam ruangan hizbi@hizbi.net, pmium@egroups.com, pmiupm@egroups.com dan gamis@onelist.com.
(http://www.malaysia.net/lists/sangkancil/2000-07/msg00199.html)

Selain itu, dia juga mengadakan sidang akhbar bersama lima pertubuhan haram(Gamis, DEMA, PKPIM,BBMN dan GMLN), pada 5 April 2000 bagi menyokong Mohd. Rizal Anan, pelajar UUM, yang dikenakan tindakan tatatertib
kerana menghalang forum penjelasan isu DSAI dan menyusun strategi membantu PAS Kubang Pasu pada pilihanraya 1999.
(http://groups.yahoo.com/group/reformasiUTM/message/646)


Berikutnya, dalam tahun yang sama, aktivis militan ini menaja Demo Anti-Bollywood pada 21 Julai 2000, bertempat di masjid Ar Rahman, melibatkan 1000 mahasiswa. Kali ini, pimpinan PMIUM @ GAMIS mencela Pak Lah(TPM), yang didakwa orang yang bertanggungjawab membenarkan konsert maksiat berleluasa di negara ini.
Walaupun lima mahasiswa(termasuk Nazri) dibicarakan di mahkamah universiti, tetapi kelima-lima mereka dibebaskan tanpa syarat kerana tidak cukup bukti.
(http://groups.yahoo.com/group/MalayaUniversity/message/42)


Lancar Laman Web

Untuk menjayakan propanganda HISMAT, maka laman web "Majalah On-line HISMAT@AnakTranung" dilancarkan pada 13 Mei 2001.
(http://www.geocities.com/anaktranung/index.html)

Setakat ini laman web itu dilayari oleh lebih 4000 mahasiswa Terengganu, berdasarkan kemas kini terakhir pada 13 Jun 2001.

Menurut presiden HISMAT, laman web HISMAT dan HISMAT@yahoogroups.com adalah cara yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat dan mempengaruhi mahasiswa/I lain menyertai pergerakan mereka.
(http://www.geocities.com/anaktranung/presiden_ucap.html)

Antara artikel yang dimuatkan dalam laman web itu;

1. Ucapan Belanjawan Terengganu 2001; oleh MB Terengganu
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_eks_ekontrg2001_1.html)

2. Kembali Kepada Agama Formula Terbaik; oleh Presiden GAMIS
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_eks_kembali.html)

3. Memorandum Mahasiswa Negara Desak Hapus 4% PTPTN
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_eks_memoptptn.html)


KESIMPULANNYA, berpolitik adalah hak individu mahasiswa yang sewajarnya dihormati. Sama ada aktivis mahasiswa memperalatkan atau diperalatkan parti
politik adalah sukar disukat dengan mata kasar.

Namun perbuatan aktivis mahasiswa terjun dalam kancah politik luar secara aktif ketika masih berstatuskan pelajar sepatutnya tidak wajar dilakukan.

Apatah lagi terlibat secara jelas dengan penubuhan pertubuhan haram yang bercanggah dengan AUKU dan keselamatan negara.

 


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Anonymous

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved