StatTrack
free web hosting | free hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Penubuhan Sebuah Gerakan


Semasa di Mesir, saya melibatkan diri dengan
Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Mesir. Di sini saya
bersama sahabat-sahabat yang lain menjalankan pelbagai aktiviti serta mengadakan pertemuan dari semasa ke semasa.

Ketika di London, saya telah mengasaskan
Malaysian Islamic Study Group (MISG) bersama-sama
beberapa orang sahabat bagi memudahkan lagi sebarang kegiatan yang berunsurkan Islam dijalankan. Saya juga turut menubuhkan Persatuan Mahasiswa Islam di beberapa buah universiti di England yang saya kunjungi. Dalam masa yang sama saya terlibat sebagai ahli jawatankuasa London Islamic Circle dan ahli jawatankuasa Federation Student of Islamic Society (FOSIS) serta menjadi pengatur program-program Islamic Exhibition bagi tujuan menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Inggeris.

Saya teringat satu peristiwa ketika di bulan
puasa pada tahun 1968 iaitu seorang perempuan
keturunan Belanda ingin memeluk agama Islam. la
berpunca daripada minatnya membaca buku tentang agama Islam dan mengkajinya. Beliau telah bertemu dengan saya dan menyatakan hasratnya namun dalam masa yang sama beliau ingin terus makan babi kerana amat menyukainya. Sewaktu itu saya katakan kepadanya, "Awak boleh mengucap dua kalimah syahadah dan boleh makan babi". Lantas perempuan itu terus mengucap dua kalimah syahadah. Saya beri fatwa demikian atas alasan mengucap dua kalimah syahadah adalah lebih penting daripada hukum-hukum yang lain. Seorang yang ingin memeluk agama Islam tidak boleh ditunda walaupun seminit.

Alhamdulillah, dua minggu sesudah beliau
menganut agama Islam, beliau memberitahu saya yang
beliau merasa jijik apabila melihat daging babi. la
merupakan satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan
dan ia sebagai hikmah dalam dakwah. Kini beliau
komited dengan Islam dan memakai pakaian Islam yang
lengkap.

Pernah suatu ketika, pada bulan puasa dalam
tahun 1969, saya pergi ke Universiti Brighton untuk
menubuhkan Islamic Society di Brighton dengan
mengadakan sembahyang tarawih dengan pelajar-pelajar Islam di sana yang sebahagian besarnya dari Malaysia.
Selepas habis program, saya balik ke London dan sampai lebih kurang jam 1.00 pagi. Ketika itu semua kenderaan sudah tiada lagi. Jadi, saya mengambil keputusan bersama-sama seorang sahabat yang lain untuk berjalan kaki dari Victoria Station ke rumah kami yang jaraknya kira-kira lebih 15 kilometer. Kami mengambil masa dua jam untuk sampai ke destinasi.

Saya juga pernah melihat golongan komunis
menjual buku-buku ideologi komunis Corner Marble Arch, London. Maka saya juga turut serta menjual buku-buku dan majalah Islam. Kadang-kadang ada yang berjumpa saya mengatakan bahawa mereka tiada duit untuk membelinya, lalu saya memberi percuma saja.

Pada tahun 1971, saya pulang ke Malaysia dan
ketika itu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) baru
saja ditubuhkan tetapi belum didaftarkan. Apabila
didaftarkan pada tahun 1972, dalam mesyuarat yang
pertama saya telah dilantik sebagai Presiden dan Anwar
Ibrahim (sekarang ini Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri)
sebagai Setiausaha Agung.

Pada awal penubuhan, saya telah memperkenalkan
sistem usrah. Usrah pertama dijalankan di rumah saya
di alamat 27, Jalan Aman, Kawasan Melayu, Petaling
Jaya. Mereka yang hadir ketika itu termasuklah Anwar
Ibrahim, Sanusi Junid (sekarang ini Menteri
Pertanian), Said Ibrahim (bekas Bendahari PAS),
Kamaruddin Mohd Noor (Ketua UMNO Pasir Puteh), Osman Bakar dan Omar Jaafar. Antara bahan yang dibincangkan merangkumi bacaan al-Qur'an, tafsir, hadis, sirah Rasulullah dan isu-isu semasa. Saya juga turut memperkenalkan Tamrin al-Kader dan menyusun sukatan dan korikulumnya di semua peringkat. Alhamdulillah,
kedua-dua skima usrah dan tamrin tersebut sedang
berjalan dengan lancar dalam gerakan ABIM.

Pada awal perlantikan, saya dan beberapa orang
sahabat pergi ke seluruh negeri untuk memberikan
penerangan mengenai ABIM. Ada satu peristiwa yang
melucukan terjadi pada tahun 1972 ketika saya dijemput ke Pulau Pinang untuk memberikan penerangan di Balik Pulau. Pada masa itu, pihak polis tidak mengeluarkan kebenaran untuk menganjurkan majlis tersebut. Namun majlis tersebut tetap diadakan di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau kerana saya diiringi oleh seorang majistret dan seorang pendaftar Mahkamah Tinggi.

Pada tahun 1974, saya mengundurkan diri
daripada pimpinan ABIM untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran di luar negeri, lalu sdr.
Anwar Ibrahim mengambil alih tempat saya selaku
Presiden manakala ustaz Fadhil Noor (sekarang ini Yang Di-Pertua PAS Pusat) sebagai Timbalan Presiden.
Bagaimanapun oleh kerana sdr. Anwar Ibrahim, ustaz
Fadhil Noor, Omar Jaafar serta beberapa orang pimpinan pelajar ketika itu termasuklah Idris Jauzi dan Ramli Ibrahim telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dikatakan terlibat dalam
demonstrasi besar-besaran yang mendesak pihak kerajaan memberi perhatian terhadap kemiskinan rakyat khususnya di Baling, saya mengambil keputusan membatalkan hasrat membuat Phd dan masuk balik dalam pimpinan ABIM dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro Dakwah.
Sepanjang pengetahuan saya, Anwar Ibrahim tidak
terlibat dalam rancangan demonstrasi mahasiswa. Saya
sendiri tidak ditahan kerana ketika itu saya sedang
mempengerusikan mesyuarat Fakuiti Islam.

Gerakan ABIM pada masa silam telah melalui
peristiwa-peristiwa pahit kerana gerakan Islamisasi
ABIM dianggap mencabar pemerintah dan kesedaran orang terhadap Islam belum merata. Alhamdulillah, dengan ketabahan dan kecekalan pimpinan dan ahlinya, ABIM telah berjaya mengatasinya. ABIM sedikit pun tidak lemah walaupun Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA. Malah ia lebih cergas dan aktif. Sekarang ABIM menghadapi cabaran lain; bukan cabaran berbentuk rintangan tetapi cabaran berbentuk kemudahan. Masalah sosialkini berbeza dengan tahun 1970-an. Ahli-ahli ABIM perlu menangani cabaran zaman kini dengan fikiran yang lebih terbuka dan program yang sistematik.
Perkara yang saya bimbang dalam suasana kemudahan yang ada ABIM menjadi 'complacent'.

Gerakan Islam juga perlu berani mengetepikan
tradisi-tradisi lapuk yang bercanggah dengan syariah
termasuklah fahaman-fahaman yang dikaitkan dengan
Islam pada hal apabila dikaji dengan ilmiah sebenamya
bercanggah dengan kehendak agama. Di samping itu, kita hendaklah sedar bahawa abad ini dan dekad akan datang kekuatan ekonomi menentukan suasana dan dasar dalam negara. Saya yakin sekiranya ahli ABIM di semua peringkat mengambil sikap seperti di atas, kita akan menjadi organisasi yang benar-benar dihormati dan disegani. Gerakan Islamisasi tidak akan selesai sampai akhir hayat.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Ustaz Razali Nawawi

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved